Questions? +1 (202) 335-3939 Login
Trusted News Since 1995
A service for political professionals · Wednesday, April 16, 2025 · 803,884,465 Articles · 3+ Million Readers

Bitget Mencatatkan Jumlah Perdagangan Keseluruhan Sebanyak $2.08 Trilion Dalam S1 2025; Perdagangan Spot Melonjak Sebanyak 159% QoQ

Bitget Records $2.08 Trillion Total Trading Volume in Q1 2025; Spot Trading Surged 159% QoQ

/EIN News/ -- VICTORIA, Seychelles, April 15, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka, menamatkan suku pertama 2025 dengan $2.08 trilion dalam jumlah perdagangan, didorong oleh peningkatan mendadak 159% dalam perdagangan spot, yang telah mencecah $387 bilion. Peningkatan itu berlaku bersama peningkatan penyertaan pasaran dan momentum yang mampan merentasi penyenaraian baharu dan barisan produk teras.

Pertumbuhan pengguna kekal kukuh. Dalam S1 tahun ini sahaja, Bitget berjaya menarik 4.89 juta pengguna baharu di platform CEX serta tambahan 15 juta pengguna di Bitget Wallet, menjadikan jumlah pengguna global melebihi 120 juta—peningkatan hampir 20%. Token asli Bitget, BGB, mencatatkan suku tahun yang tidak stabil tetapi secara keseluruhan positif. Dalam tempoh tersebut, Bitget turut memperkenalkan peta jalan baharu untuk BGB, yang memperluaskan fungsinya dalam pertaruhan, penyertaan Launchpad dan penyepaduan dengan ekosistem DeFi yang lebih luas. Selain itu, jadual pembakaran suku tahunan terus dikekalkan untuk menguruskan tekanan dari segi bekalan.

Keselamatan kekal sebagai keutamaan, terutamanya selepas rekod kehilangan $2.1 bilion yang berlaku akibat serangan siber dalam industri kripto. Selepas insiden pelanggaran keselamatan, Bitget memindahkan hampir $100 juta dalam ETH kepada Bybit—langkah yang jarang berlaku tetapi amat penting dalam usaha penyelarasan antara bursa ketika krisis. Sementara itu, Bukti Rizab Bitget secara konsisten melebihi paras 130% sepanjang S1. Dana Perlindungan syarikat meningkat daripada $495 juta pada Januari kepada $514 juta menjelang Mac, menunjukkan trend pertumbuhan yang terkawal tetapi berterusan dalam rizab aset.

"Prestasi suku ini menunjukkan betapa pentingnya kekal tangkas dalam persekitaran yang tidak menentu. Pada suku berikutnya, kami akan terus memberikan tumpuan kepada infrastruktur bertaraf institusi dan menggandakan usaha untuk memperluaskan kehadiran Web3 melalui ekosistem kami. Pematuhan kekal sebagai tonggak utama ketika bursa menyesuaikan diri dengan pengawasan global yang semakin ketat, sambil tetap berpegang kepada etos teras Bitget, iaitu membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak," kata Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget.

Selain prestasi produk, Bitget memperluaskan jejak globalnya melalui acara fizikal dan inisiatif yang disasarkan. Syarikat ini menceburi sukan permotoran dengan menaja pemandu Brazil, Flávio Sampaio dalam Porsche Carrera Cup 2025 serta menganjurkan majlis khas Ramadan di seluruh MENA dan Asia. Sepanjang bulan suci tersebut, lebih 60,000 hidangan telah diedarkan melalui sumbangan daripada rakan kongsi tempatan.

Inisiatif Blockchain4Her, yang dilancarkan pada tahun 2024 dengan peruntukan $10 juta untuk pelaksanaan jangka panjang, kini mencapai ulang tahunnya yang pertama. Program tersebut mengalu-alukan tiga duta baharu dan mengadakan aktiviti di Asia Tenggara serta Eropah Timur dengan tujuan untuk menarik lebih ramai wanita menyertai ekosistem Web3.

Bitget juga telah memajukan infrastruktur dan penyepaduan. Alat dagangan yang disokong AI Bitget Seed telah diperkenalkan untuk mengenal pasti dan menyenaraikan token peringkat awal dengan isyarat dalam rantaian yang kukuh. Penyepaduan dengan Zen dan Callpay telah menambah baik onramps di seluruh Eropah dan Afrika Selatan. Kecairan BGB berkembang lagi melalui Morph Chain dan Bulbaswap.

Bitget terus mengembangkan infrastrukturnya, menarik pengguna baharu dan mengoptimumkan daya tahan operasinya. Dengan aliran pengguna yang kukuh, peningkatan aktiviti token serta kerjasama baharu yang sedang berlangsung, platform ini bersedia untuk mencatatkan satu lagi suku yang kukuh.

Untuk laporan penuh S1 2025 penuh, sila layari di sini.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah syarikat bursa mata wang kripto dan Web3 yang terkemuka di dunia. Memberi perkhidmatan kepada lebih daripada 100 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan yang lain. Bitget turut menawarkan akses masa nyata kepada harga Bitcoinharga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep, merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang komprehensif, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, NFT Marketplace, penyemak imbas DApp dan banyak lagi.

Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara dunia gusti), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa diperoleh dan pengalaman kewangan peribadi serta kedudukan kewangan perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi pada masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk kepada Syarat Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/1b44f8d0-d6b3-40ae-a53f-5e2a7967d105


Primary Logo

Powered by EIN News

Distribution channels: Banking, Finance & Investment Industry, Media, Advertising & PR ...

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Submit your press release